Pelakon jelita, Puteri Sarah mencuri tumpuan apabila meninggalkan respons terhadap video tular memaparkan isu seorang wanita hamil didakwa dicurangi pasangannya.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Puteri Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, berkata dia sangat memahami perasaan perit situasi tersebut kerana pernah melaluinya.
“Faham sangat bila tengah mengandung. Been there,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap ibu anak dua itu, sekali gus menitipkan pesanan agar Puteri Sarah terus kuat dan menemui kebahagiaannya.

Imbas kembali, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014, namun disahkan bercerai pada Jun 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.




