
Presiden Parti Bersama Malaysia (MU), Tan Gin Theam (kanan) menyerahkan sijil pendaftaran parti itu kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai platform baharu hala tuju politik bagi kedua-dua bekas menteri itu.
PETALING JAYA – Bekas Timblaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (MU).
Penyerahan parti yang akan diterajui kedua-dua bekas menteri itu dilaksanakan pada majlis pengumuman hala tuju politik mereka pada Ahad.
Secara tidak langsung, simbolik tersebut telah menjawab persoalan sejak beberapa minggu lalu mengenai hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi selepas ‘disisihkan’ PKR setahun lalu.
Sebagai rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.
MENYUSUL



