hafizithnin@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa disahkan kosong selepas dua Ahli Parlimen masing-masing Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengemukakan peletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau sudah menerima notis peletakan jawatan daripada Datuk Seri Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa.
Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat.
“Sebarang keputusan berkaitan pelaksanaan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan SPR,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




