PUTRAJAYA: Seniman, Datuk Rahim Razali, diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2026 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA 2026) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.
Kemenangan tersebut menyaksikan Rahim membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000, sebuah kereta Proton e.MAS bernilai RM150,000, wang tunai RM8,000 tajaan CIMB, pakej percutian serta trofi penghargaan.
Anugerah berprestij itu disampaikan sendiri oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Memuatkan artikel berkaitan…
Rahim ketika ditemui meluahkan rasa syukur dan menyifatkan anugerah tersebut sebagai satu penghormatan tertinggi yang sangat dihormatinya sepanjang bergelar anak seni.
“Syukur, izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kementerian Komunikasi, khususnya kepada Fahmi Fadzil dan semua yang menghadiahkan saya anugerah ini.
“Inilah satu-satunya anugerah yang sangat saya kagumi. Saya berasa amat bertuah menerimanya selepas berpuluh tahun berkhidmat. Walaupun saya tidak pernah berkhidmat secara tetap (full time) bersama RTM, namun komitmen yang saya berikan adalah lebih daripada itu,” katanya.
Dalam pada itu, Anugerah Khas Juri pula dimenangi oleh Khiu Siaw Fong menerusi naskhah animasi Kumang And The Ungrateful Python terbitan TVS melayakkannya membawa pulang wang tunai RM8,000, sebuah kereta Perodua QV-e dan trofi.
Kategori Drama TV Terbaik pula menjadi milik drama Selampai Labung arahan Danny Alamsyah yang memenangi trofi, wang tunai RM5,000 serta Dana Kandungan Kreatif bernilai RM200,000.
ASA 2026 yang bertemakan Segalanya Bermula Di Sini menyaksikan 60 kategori dipertandingkan merangkumi medium televisyen, radio dan media baharu.
Majlis gilang-gemilang itu dikendalikan oleh hos versatil, Datuk Aznil Nawawi dan Sherry Alhadad.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang:
Kategori TV Terbaik
Skrip Drama TV Terbaik: Abror Rivai (Kalam Murabbi)
Pengarah Drama TV Terbaik: Bade Hj Azmi (Dosa Tak Terampun)
Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik : Azhan Rani (Wok)
Pelakon Wanita Drama TV Terbaik : Noorkhiriah (Seribu Tahun)
Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik: Harun Hashim (Bilal Dan Abah)
Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik : Elizad Sharifuddin (Detik Waktu)
Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik : Dzul Hadziq (Lukisan Hati Umar)
Pelakon Komedi TV Terbaik : Zahiril Adzim (Ramadan I Miss You)
Pengacara TV Terbaik: Dinnie Asyraf Salim (Pindaan Akta 134 Orang Asli)
Dokumentari TV Terbaik: Baharunnurdalila Baharuddin (Di Sebalik Bayangan Harimau)
Penataan Cahaya TV Terbaik: Nageswaran Ramanujem (Anugerah Juara Lagu ke-39)
Jurukamera TV MCP Terbaik: Fairul Yusoff (Perbarisan Hari Kebangsaan 2025)
Liputan Sukan TV Terbaik: Sollehuddin Hemsani (Sepak Takraw Piala Asia Akhir)
Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik: Nur Ashidah (Majlis Pembukaan SUKMA 2024)
Pengimbangan Muzik TV Terbaik: Mohd Zaidi Mohamed Taib (Anugerah Juara lagu ke-39)
Wartawan TV Terbaik: Fahmi Tajuddin (Isu pemerdangan manusia)
Penyampai Berita TV Terbaik: Otto Othman (World Today)
Animasi Tempatan TV Terbaik: Lauk Ka Indai
Tatarias TV Terbaik: Mohd Sharil Mamat (Citra Reka Busana)
Audio Rancangan TV Terbaik: Ibrahim Ismail (Project: Exit)
Kategori Radio
Skrip Drama Radio Terbaik : Nur Liyana Mohd Nazim (Sirah Rasulullah)
Penyampai Radio Terbaik Lelaki: Mohd Azlan Omar (Terkenang dulu-dulu)
Penyampai Radio Terbaik Perempuan : Nurul Hidayah Md Nawai (Siaran langsung hari kebangsaan 2025)
Penyampai Berita Radio Terbaik : Stephany Yu Sook (Berita Jam Pagi)
Majalah Radio Terbaik: Nurliyana Farhah (Dirgahayu Tuanku Daulat Memayungi Negara)
Bicarawara Radio Terbaik: Raifanabillah (Mengubah Naratif Mengenai Bunuh Diri)
Buletin Radio Terbaik: Puteri Rosli (Prime AT 1)
Kategori Menerusi Media Baharu
Drama Terbaik : Nik Amir Nik Mustapha (BRU)
Video Pendek Terbaik: Tanisraju (Malay Kampung in Australia)
Podcast Terbaik : Norhaffizah Razak (Bukan Maksum)




