Raih 99% Dalam Ujian Matematik, Thalita Dipuji Bijak

Raih 99% Dalam Ujian Matematik, Thalita Dipuji Bijak

Penyanyi muda, Thalita menjadi perhatian ramai apabila memuat naik keputusan peperiksaannya.

Menerusi hantaran di TikTok, Thalita berkongsikan beberapa keping gambar memaparkan aktiviti hariannya, turut menjadi perhatian anak kepada Shuib itu berkongsikan mahkah ujian bagi subjek Matematik.

BACA: Shuib Serah Kasut Arwah Siti Sarah Pada Thalita

Berdasarkan gambar berkenaan, Thalita berjaya mendapat keputusan cemerlang apabila meraih markah 99% bagi matapelajaran berkenaan.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Thalita yang bukan sahaja berbakat dalam nyanyian malah bijak dalam pelajaran.


Scroll to Top