TokMi macam tak percaya, Wanna dan suami timang zuriat sulung

TokMi macam tak percaya, Wanna dan suami timang zuriat sulung

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Pelakon, Wanna Ali, selamat melahirkan cahaya mata lelaki sulung seberat 3.7 kilogram (kg) secara pembedahan, awal pagi tadi.

Berita kelahiran itu dikongsikan ibunya yang juga penerbit, Datuk Ayu Puteh, menerusi Instagram Story (IGS), selain menzahirkan rasa syukur atas kehadiran cucu pertama dalam keluarga.

“Alhamdulillah… TokMi dan TokAyah macam tak percaya, tapi itulah realitinya.

“Wanna selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.7kg subuh tadi secara pembedahan,” tulisnya.

Ayu turut meluahkan kegembiraan apabila kini bergelar nenek, selain berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan anak dan cucunya.

“Saya orang paling bahagia. Terima kasih kepada saudara-mara, rakan-rakan serta kenalan Wanna dan suami yang mendoakan.

“Syukur Alhamdulillah,” katanya

Sebelum ini, Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali berkongsi khabar gembira apabila hamil anak sulung selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Pada Januari lalu, beliau memaklumkan usia kandungannya mencecah 25 minggu dan bakal memasuki trimester ketiga.

Wanna sah bergelar isteri kepada Khairil Amri Khalid pada 9 Februari 2025.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top