Raih tempat ketiga Miss World 2026, Fadhlina puji Taanusiya perjuang pendidikan & kerja advokasi

Raih tempat ketiga Miss World 2026, Fadhlina puji Taanusiya perjuang pendidikan & kerja advokasi

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, menyifatkan kejayaan Taanusiya Chetty meraih tempat ketiga dalam pertandingan Miss World 2026 sebagai pencapaian membanggakan negara.

Lebih menarik perhatian Fadhlina ialah pendirian Taanusiya, 26, yang menjadikan pendidikan dan kerja advokasi sebagai sebahagian daripada perjuangannya, selain kecemerlangannya di pentas antarabangsa.

“Saya tertarik bukan sahaja dengan pencapaiannya di pentas dunia malah juga dengan sisi Taanusiya yang meletakkan pendidikan dan kerja advokasi sebagai sebahagian daripada perjuangannya.
“Kecantikan mungkin membuka pentas, tetapi ilmu dan pemikiran menentukan apa yang kita lakukan apabila berada di atasnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Raih tempat ketiga Miss World 2026, Fadhlina puji Taanusiya perjuang pendidikan & kerja advokasi

Fadhlina turut menggalakkan Taanusiya terus memanfaatkan pentas serta suara yang dimilikinya untuk membawa mesej dan perkara yang bermakna kepada masyarakat.

Taanusiya meraih tempat ketiga pada pertandingan akhir Miss World 2026 di Nha Trang, Vietnam, malam tadi, manakala wakil Republik Dominika, Joheirry Mola Dominguez, dinobatkan sebagai juara dan Elisabeth Reynes Alabern dari Sepanyol menduduki tempat kedua.

Pencapaian itu menyamai kejayaan terbaik Malaysia yang dilakar Lina Teoh pada 1998, sekali gus mengembalikan negara ke kelompok tiga terbaik pertandingan berkenaan selepas 28 tahun.

Taanusiya terlebih dahulu mara ke kelompok enam terbaik selepas memenangi segmen Beauty With A Purpose, yang menjadi antara komponen penting dalam pertandingan Miss World.

Beliau turut mencuri perhatian menerusi keupayaannya berucap dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil ketika sesi Head-to-Head Challenge, selain mengetengahkan usaha kemasyarakatan menerusi inisiatif Be The Change Malaysia.

Sumber: FB Fadhlina Sidek

Scroll to Top