Pasangan popular, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila hadir bersama pada majlis perkahwinan pelakon, Eyka Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.
Tampil segak mengenakan sut berona hitam dipadankan dengan gaun hitam Bella Astillah, pastinya kehadiran pasangan ini antara yang ditunggu-tunggu peminat dan rakan selebriti lain.
Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang tular di TikTok, Syed Saddiq dan Bella Astillah sempat merakamkan foto bersama-sama.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, gelagat Syed Saddiq yang kelihatan sempat memberikan ‘pickup line’ kepada Bella.
“Memori diabadikan didalam gambar yang diambil. Tetapi tidak boleh diabadikan jikalau tidak ada orang disebelahnya,” katanya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji tindakan ‘sweet’ Syed Saddiq kepada Bella.
Malah, ramai yang berseloroh sejak hubungan mesra mereka menjadi perhatian, Syed Saddiq kini dilihat sudah tidak segan mengusik Bella didepan khalayak.