Rakaman CCTV Jadi Bukti Arwah Maya Kesuma Rebah Di Lapangan Terbang Jeddah

Rakaman CCTV Jadi Bukti Arwah Maya Kesuma Rebah Di Lapangan Terbang Jeddah

Berita pemergian pelakon Nadia Kesuma ternyata memberikan kesan mendalam buat seluruh ahli keluarga dan juga rakan-rakan terdekat arwah.

Menurut laporan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerusi kenyataannya, Nadia telah kembali ke rahmatullah di Jeddah setelah dilaporkan hilang sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada 15 Januari 2026 iaitu pada Khamis.

Dan hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV), arwah kelihatan rebah akibat serangan jantung ketika berada dilokasi tersebut.

“Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

“Nadia rebah akibat serangan jantung di dalam lapangan terbang dan telah dikejarkan ke hospital oleh pihak berkuasa lapangan terbang,” katanya.

Dalam hantaran sama, pihak Seniman juga berharap agar orang ramai menghentikan sebarang spekulasi, kenyataan atau komen yang boleh mengguris hati dan  perasaan ahli keluarga Allahyarham.

“Seniman juga memohon agar masyarakat menghentikan sebarang kenyataan atau komen yang boleh mengguris hati keluarga arwah.

“Sebarang kenyataan lanjut akan dibuat dari semasa ke semasa sama ada daripada pihak Wisma Putra, keluarga atau Seniman,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Nadia Kesuma Bakal Dikebumikan Di Arab Saudi, Suami & Anak Bakal Terbang Ke Jeddah Pagi Ini

ARTIKEL BERKAITAN:Nadia Kesuma Meninggal Dunia Di Jeddah, Suami & Anak Kongsi Khabar Duka

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Nadia Kesuma Perjelas Salah Faham Kenyataan ‘I Met Strangers’ – “Dia Share Umrah Kali Ini Berbeza…”

Sebelum ini, kehilangan Nadia ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah dilaporkan kepada polis Arab Saudi dan pihak Malaysia memaklumkan siasatan sedang dijalankan.

Scroll to Top