Anak kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Thalita berkata dia tidak kisah dipulaukan rakan sekelas yang cemburu dengan populariti dikecapinya kerana mahu mengejar cita-cita menjadi penyanyi.
Memetik BH Online, Thalita berkata dia mula perasan dengan perubahan sikap segelintir rakan sekelasnya selepas dia membuat persembahan di Bukit Bintang.
BACA: Thalita Kena ‘Pulau’ Dengan Rakan Sekolah Lepas Jadi Penyanyi
“Ada tumpang gembira untuk saya, ada juga cemburu. Saya anggap ini cabaran untuk saya. Saya pun tak tahu kenapa sesetengah mereka bersikap begitu, ada yang bercakap buruk di belakang, tapi bila berdepan dengan saya, mereka berpura-pura baik.
“Tapi, saya tahu mereka mengata saya. Ada yang ‘pulau’ saya, tapi tidak kisah. Saya hanya ingin jadi penyanyi,” katanya.
Bakal mendedangkan dua buah lagu di Konsert By Ajai & Mega Friends di Sungapura pada 10 Mei depan, Thalita berkata dia sangat teruja dan kini sedang mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Shafi.
SUMBER: BH Online