
Reaksi kekecewaan para pemain Malaysia, selepas tewas pada perlawanan di antara Malaysia menentang Bahrain peringkat kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad. – Foto Bernama
KEKALAHAN kepada Jordan dan Bahrain dalam kejohanan Piala Asia bakal menyaksikan ranking skuad Harimau Malaya jatuh mendadak.
Mengikut pengiraan tidak rasmi, skuad negara akan jatuh ke kedudukan ke-136 dunia berbanding pada kedudukan ke-130 dunia pada kemaskini terakhir Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 21 Disember lalu.
Kekalahan kepada Jordan 0-4 pada perlawanan pembukaan Kumpulan E pada Selasa lalu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu kehilangan 12.65 mata.
Pada perlawanan kedua menentang Bahrain pada Sabtu, skuad negara turut tewas 0-1 sekali gus menyebabkan mereka kehilangan 12.50 mata lagi.



