“Rasa Lebih Selamat” – Iman Troye Serah Ibu Urus Duit Sejak Usia 16 Tahun 

“Rasa Lebih Selamat” – Iman Troye Serah Ibu Urus Duit Sejak Usia 16 Tahun 

Penyanyi Iman Troye berkongsikan dia menyerahkan segala urusan kewangan hasil daripada kerjaya seninya kepada ibunya.

Memetik Oh Bulan, Iman berkata ibunya yang menguruskan segala urusan sejak dia mula bekerja pada usia 16 tahun serta mengawal perbelanjaan.

BACA: Iman Troye Jana Pendapatan RM2.5 Juta Sepanjang Tahun 2025

Menurutnya lagi, dia turut meminta izin jika mahu membeli sesuatu dan merasakan lebih selamat jika ibu bapanya yang menguruskan kewangannya.

“Daripada awal saya menyanyi, sejak umur 16 tahun saya sudah bekerja. Dari situlah emak pegang duit saya sampailah sekarang. Semua benda emak yang uruskan.

“Setiap bulan dia akan beri duit belanja. Kalau dia bagi jumlah itu, itulah yang saya perlu gunakan untuk sebulan. Saya tak boleh minta lebih.

“Kalau nak beli apa-apa pun, saya kena minta izin emak dahulu. Sejujurnya saya rasa lebih selamat apabila orang tua kita pegang duit,” katanya.

Dalam pada itu, Iman berkata dia mahu kedua ibu bapanya menikmati hasil penatnya dalam dunia seni kerana dia berada di tahap sekarang kerana pengorbanan ibu bapanya.

“Saya nak ibu bapa saya rasa duit tersebut juga merupakan milik mereka, bukan duit saya semata-mata. Saya di sini pun disebabkan rezeki dan pengorbanan mereka,” katanya. 

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top