Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup

Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup

Beijing: Mahkamah Rakyat Pertengahan Xiamen di wilayah Fujian, China pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas Menteri Keadilan Tang Yijun kerana menerima rasuah lebih 137 juta yuan (AS$19.7 juta), lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik Mahkamah Rakyat Agung.

“Mahkamah Rakyat Pertengahan Xiamen, Wilayah Fujian, pada 2 Feb 2026, mengumumkan keputusan dalam kes rasuah terhadap Tang Yijun, bekas Pengerusi Jawatankuasa Wilayah Jiangxi bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, dengan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana rasuah dan melucutkan hak politiknya,” menurut mahkamah dalam satu kenyataan.

Mahkamah menyatakan bahawa kesemua harta peribadi beliau akan dirampas.

Tang didapati menyalahgunakan jawatannya untuk kepentingan pihak ketiga dan organisasi semasa berkhidmat sebagai gabenor wilayah Liaoning dan sebagai menteri keadilan antara 2006 dan 2022. Beliau membantu dalam penyenaraian saham syarikat, pengambilan tanah, dan pinjaman bank sebagai balasan untuk rasuah, menurut mahkamah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top