Kuala Lumpur: Pegawai pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Difahamkan penahanan itu mempunyai kaitan dengan perolehan bagi sebuah projek berkaitan teknologi maklumat (IT).
Pegawai kanan yang berada dalam kalangan ‘Top 5’ pengurusan DBKL itu dikatakan ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.
Selain pegawai kanan itu, turut ditahan susulan kes sama dua orang awam yang dipercayai kontraktor bagi projek terbabit.
SPRM difahamkan akan membawa ketiga-tiga mereka ke Mahkamah Putrajaya untuk mendapatkan peritah tahan reman, esok.
Usaha menghubungi SPRM untuk pengesahan lanjut sedang dijalankan.
© New Straits Times Press (M) Bhd