Ratu perlu ruang, pulih semangat

Ratu perlu ruang, pulih semangat

KUALA LUMPUR: Pengurus, Linda Jasmine memaklumkan bahawa anaknya, Ratu mendengar kata dan melakukan apa yang perlu untuk memberi tak persembahan yang terbaik dalam Talk To My Manager Musim Ke-2.

Tapi, kata Linda dalam masa sama Ratu perlu dibiarkan berseorang atau bersama rakan agar semangatnya pulih.

“Dia 16 tahun, ada perkara yang dia hendakkan. Pada usia sekarang, saya rasa anda benda yang perlu dia buat untuk jauhkan diri dari saya.

“Penting untuk ada masa bagi diri ruang sendiri dan bersama kawan-kawan.

“Naikkan semangat dia dengan cara lain. Tapi dia mendengar kata dan lakukan apa yang perlu,” katanya.

Mengulas persembahan Ratu, Linda berpuas hati dengan pancapaian Ratu meskipun berada di tempat ketiga terendah.

“Sebenarnya, konsepnya perlu ada rumah kampung, beranda dan tangga. Jadi saya minta props. Tapi saya tak dapat.

“Apa pun saya sangat berpuas hati. Tentulah ada perkara yang perlu diimprovekan. Tapi untuk pertama kali, saya amat berbangga dengannya,” ujarnya.

 

 

 

Scroll to Top