Raya milenia 2021, 4 jenis gift ‘lapuk’ dah tak relevan nak kasi orang tercinta!

Apabila tiba musim perayaan Aidilfitri, pasti gelisah memikirkan koleksi hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ahli keluarga, pasangan dan sahabat handai sebagai tanda kasih sayang.

Bukan main semangat nak bagi, tapi silap haribulan diorang seolah-olah tiada perasaan sebab terlalu ramai orang menghulurkan hadiah yang sama. So boring!

Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, empat jenis hadiah ini boleh dikatakan sudah ‘pupus’ dan tidak releven lagi pada zaman serba moden ini.

Berbanding kad raya, ramai lebih memilih platform sembang seperti WhatsApp atau Telegram, tak pun media sosial untuk menghantar ucapan agar kemeriahan raya dapat dikongsi dengan pengguna lain.

Selain menjimatkan masa dan nampak lebih ‘up-to-date’, ia juga secara tak langsung dapat mengurangkan kos untuk mengepos kad serta penggunaan kertas dalam kehidupan seharian.

Dengan situasi pandemik Covid-19 yang belum surut, langkah ‘cashless’ atau tanpa tunai menjadi pilihan ramai pastinya menjadi satu trend yang moden dan pantas.

Daripada membeli sampul raya dan bersentuhan pula dengan si penerima, lebih baik buat transaksi ke dalam aplikasi e-wallet. Tak perlu risau lagi fasal jangkitan virus!

Tuan rumah dah siap buat berbalang kuih tart, tiba-tiba korang pula hadiahkan kuih yang sama. Memang ‘spoil’ habis mood masa tu.

Bukan itu sahaja, silap-silap tak kena pula dengan tekak orang lain. Kan dah membazir macam tu je! Maklumlah setiap individu ada selera berbeza.

Korang punya la beria hadiahkan set pinggan mangkuk berkualiti lima bintang, dengan harapan diorang akan guna ketika menjamu tetamu yang hadir.

‘Last-last’ mereka guna pinggan mangkuk plastik yang dibeli dari kedai runcit sahaja, sebab malas mahu mencuci semula. Boleh terus buang dalam tong sampah!

Sebenarnya, tak salah pun kalau nak beri senarai di atas sebagai hadiah, tapi cuba tukar sikit pemberian supaya nampak berbeza. Keluarga atau sahabat-handai akan rasa lebih dihargai.

Si kesayangan pun terasa berada diawang-awangan bila dapat hadiah yang special.

Haaa mesti ramai tertanya-tanya, pemberian macam mana yang sesuai untuk orang tersayang lebih-lebih lagi masa musim perayaan macam ni.

Istimewa sempena Hari Raya ini, WonderLab membuat kolaborasi dengan jenama fesyen muslimah yang popular iaitu Jovian dan Afiya. Makin nampak ayu dan jelita di pagi Syawal nanti!

Tampil dengan WondeRaya Collection, hadiah nampak ‘simple’ tapi mewah dengan Glowing Skin Set, Protected Skin Set dan Flawless Skin Set.

Kalau purchase Glowing Skin Set, korang akan menerima Beautéssence™ dan WonderDewi 7-Day Wonder Kit. Bukan setakat tu je, percuma sehelai hijab Afiya bernilai RM129 dan free sampul raya edisi terhad serta  hadiah-hadiah lain!

Dalam kit Protected Skin Set ni pulak, korang akan dibekalkan dengan WELL NATURE Moisture Whipping Cleansing Foam 300ml, Moisture Deep Cleansing Water 150ml dan Moisture Seed Lip Care Set.

Paling syok, dapat miliki hijab Jovian bernilai RM129 dan sampul raya edisi terhad serta hadiah-hadiah secara percuma!

Manakala pada pembelian Flawless Skin Set ni, dilengkapi dengan WonderDewi Moonlight Hydrogel Mask, WonderDewi 14-Day Wonder Kit dan Haruharu WONDER Black Rice Hyaluronic Essence 50ml! Mengancam sungguh lah.

Korang pun akan diberikan sehalai hijab Jovian bernilai RM129 dan sampul raya edisi terhad serta hadiah-hadiah secara percuma!

Memang sesuai sangat nak bagi sebagai gift kepada orang tersayang dan kawan-kawan yang berkunjung ke rumah! Confirm mereka terharu. Cing-cinglah kulit mereka nanti pakai gift WonderLab ni!

Caranya mudah sahaja, beli set WondeRaya Collection sekali gus boleh mendapatkan diskaun produk penjagaan kulit sehingga 35%. Berbaloi ke tidak?

Bukan hanya diskaun, korang juga akan dapat hijab premium daripada dua jenama berkenaan serta sampul raya edisi terhad secara percuma selain pelbagai hadiah istimewa yang bernilai sehingga RM240.

Jadi apa tunggu lagi, Raya Bergaya Bersama WonderLab! Dapatkan sekarang di www.wonderlab.com.my. Untuk sebarang informasi lanjut, korang boleh layari WonderLabOfficial di media sosial Facebook dan Instagram.