Rayuan gagal, Mateta digantung tiga perlawanan

Rayuan gagal, Mateta digantung tiga perlawanan

London: Penyerang Crystal Palace, Jean Philippe Mateta terpaksa menjalani penggantungan tiga perlawanan selepas rayuan kelab terhadap kad merah yang diterimanya ketika tewas 0-2 kepada Tottenham.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 29 tahun itu dilayangkan kad merah pada minit ke-13 ketika aksi di Stadium Tottenham Hotspur selepas melakukan terjahan lewat terhadap kapten Spurs, Micky van de Ven.

Mateta pada awalnya dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Michael Oliver sebelum keputusan itu ditukar kepada kad merah selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Keputusan itu menyaksikan Mateta terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di laman sendiri, Ahad ini, selain dua perlawanan menentang Coventry dan Hull pada hujung bulan.

Dalam kenyataan, Persatuan Bolasepak England (FA) mengesahkan rayuan Palace ditolak oleh suruhanjaya kawal selia bebas.

“Suruhanjaya kawal selia bebas menolak dakwaan bahawa kad merah Jean-Philippe Mateta adalah tidak wajar dan hukuman yang dikenakan terhadapnya terlalu berat,” menurut kenyataan FA.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top