Rayuan GKP 2.0 boleh dibuat mulai 7 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Putrajaya: Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) kini berpeluang membuat rayuan untuk mendapatkan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 bermula 7 hingga 21 Disember ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, rayuan itu membolehkan peniaga menyerahkan dokumen sokongan untuk disemak dan dinilai semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau berkata, rayuan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang rasmi GKP.

GKP dan GKP 2.0 adalah komitmen kerajaan dalam membantu PKS mikro yang terjejas untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.

Katanya, GKP dan GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara sekali bayar RM3,000 kepada PKS mikro yang layak kerana kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya terutamanya PKS mikro.

Sehingga kini, hampir 850,000 PKS mikro menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.

Justeru, setiap permohonan akan disemak dengan data agensi sehingga 31 Ogos 2020, termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan LHDN.

 

ZA137 Malay News

National Desk