SHAH ALAM – redONE Mobile meraikan ulang tahun pertama pelancaran Prepaid 5G ULTRAplus dengan penganjuran Cabutan Ohsem Raya yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM165,000 pada 31 Mac lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Farid Yunus berkata, cabutan itu merupakan sebahagian daripada kempen RM1 Juta Ganjaran Overload yang dilaksanakan bagi menghargai pelanggan prabayar syarikat berkenaan.
“Cabutan Raya Ohsem merupakan cabutan utama kempen tersebut dan telah disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook dan TikTok rasmi redONE Mobile sekali gus menampilkan fokus syarikat dalam memberi ganjaran bermakna kepada pengguna perkhidmatan mudah alih harian.
“Ketika ramai rakyat Malaysia berdepan peningkatan kos sara hidup, kempen ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah besar hanya dengan menggunakan perkhidmatan prabayar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Acara tersebut turut menandakan kemuncak penyertaan pelanggan susulan cabutan-cabutan terdahulu seperti Cabutan Ohsem 18.8 dan Cabutan Ohsem 11.11 yang diadakan pada Ogos dan November 2025, menyaksikan puluhan pelanggan memenangi motosikal, peranti Apple dan jongkong emas.
Sehubungan itu, cabutan utama kali ini menyaksikan redONE Mobile meningkatkan lagi nilai ganjaran sekali gus menghampiri sasaran keseluruhan RM1 juta hadiah yang ditawarkan.
Dalam pada itu, pelanggan menyertai cabutan dengan menebus tiket menggunakan 3,500 mata redCOIN yang diperoleh melalui pembelian dalam aplikasi redONE Prepaid.
Seramai 56 pemenang diraikan dalam cabutan berkenaan dengan hadiah utama termasuk dua unit Perodua Myvi 1.5, dua skuter SYM Tuscany 150 serta dua Yamaha Ego Avantiz selain iPhone dan gajet popular lain.
Pemenang lain turut menerima barangan eksklusif redONE Mobile termasuk jersi edisi khas The Real Warriors FC dan Sabah FC manakala penonton siaran langsung menerima hadiah kejutan seperti kad Touch ‘n Go pramuat berserta kredit e-dompet.
Tambah beliau, Cabutan Ohsem Raya mencerminkan komitmen redONE Mobile untuk memberi ganjaran bermakna kepada rakyat Malaysia terutamanya pengguna prabayar yang kebiasaannya kurang mendapat ganjaran premium.
“Seiring kos sara hidup yang meningkat, redONE Mobile berusaha menjadikan hadiah premium lebih mudah diakses di samping memberi pelanggan peluang untuk memenangi ganjaran hebat hanya dengan menggunakan perkhidmatan prabayar mereka.
“Hari Raya adalah masa untuk memberi dan sebagai telco komuniti, fokus kami sentiasa untuk mencipta nilai sebenar kepada rakyat,” katanya.
Menurutnya, menerusi Cabutan Ohsem Raya, redONE Mobile bukan sahaja menawarkan pelbagai hadiah malah membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi ganjaran yang memberi impak dalam kehidupan mereka hanya dengan menggunakan perkhidmatan prabayar.
“Daripada kereta hingga telefon pintar terkini, kempen ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa pelanggan prabayar layak menerima ganjaran premium.
“Sempena sambutan satu tahun pelancaran Prepaid 5G ULTRAplus, kempen RM1 Juta Ganjaran Overload menunjukkan bagaimana kami menaikkan standard ganjaran perkhidmatan prabayar dan membuka peluang meraih kemenangan besar untuk semua,” ujarnya.
Farid berkata, pek permulaan Prepaid 5G ULTRAplus berharga RM8 boleh didapati di semua cawangan redONE Mobile seluruh negara serta di platform Shopee dan TikTok rasmi redONE Mobile.
“Pelanggan boleh terus mengumpul redCOIN melalui pembelian di aplikasi redONE Prepaid App dan berpeluang memenangi ganjaran menarik yang disediakan oleh redONE Mobile bagi menghargai pelanggan sepanjang tahun,” katanya.



