suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Ampang Jaya: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun yang dilaporkan hilang di Pandan Indah, Ampang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit pada jam 7.30 pagi selepas pengadu yang juga ibu mangsa dimaklumkan oleh guru kelas bahawa anaknya tidak hadir ke sekolah.
“Remaja itu dikenali sebagai Damiea Qalisya Syafri dan kali terakhir dilihat di Blok AM, Jalan Pandan Indah 3/3, Ampang.
“Ciri-ciri fizikal orang hilang (OH) adalah berketinggian anggaran 152 sentimeter (cm), berat 52 kilogram (kg), berbadan kurus dan berkulit sawo matan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat, Nur Faizah Mohd Anuar di talian 017-3422804, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Dalam pada itu, Khairul Anuar menasihatkan orang awam, khususnya ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak dalam jagaan masing-masing dan tidak membenarkan mereka bersendirian
“Sebarang insiden kecemasan boleh hubungi pihak pihak atau talian kecemasan MERS 999 untuk bantuan segera,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




