luqman.arif@bh.com.my
PUTRAJAYA: Resolusi merangkumi tiga tuntutan penting berhubung krisis di Myanmar dijangka dimuktamadkan pada Sidang Tergempar ASEAN, di Jakarta, Sabtu ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika menjelaskan perkara itu berkata ia antara lain merangkumi gesaan supaya Myanmar menghentikan segala bentuk keganasan yang semakin meruncing di negara terbabit.
Katanya, ASEAN akan turut memberikan tekanan kepada tentera junta Myanmar untuk segera membebaskan tahanan politik, sejak rampasan kuasa yang berlaku pada 1 Februari lalu.
“Ketiga, dengan perbincangan di Jakarta, kita akan minta Myanmar untuk setuju terima wakil-wakil daripada Pengerusi ASEAN, iaitu Brunei atau sekretariat ASEAN di Jakarta.
“Kehadiran wakil ASEAN ini ialah bagi melihat dan membantu Myanmar untuk kembali ke keadaan asal,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dan iftar bersama warga Wisma Putra, di sini, hari ini.
Berita selanjutnya menyusul.
© New Straits Times Press (M) Bhd



