“Adik aku jumpa mak ayah di sempadan je” – Wanita geram usahawan senang2 rentas negeri hantar kereta

Belakangan ini, hangat diperkatakan tentang isu golongan kayangan seperti usahawan, influencer dan selebriti terkenal yang merentas negeri.

Baru-baru ini, muncul pula kisah usahawan dikenali ramai merentas negeri ke Besut, Terengganu semata-mata untuk memberikan kejutan kereta mewah kepada ibu bapanya.

Biarpun telah memberikan penjelasan bahawa perjalanan mereka diberi kebenaran oleh pihak berkuasa, namun masih ramai yang mempertikaikan tentang perkara tersebut.

Bukan itu sahaja, isu tular itu turut meraih perhatian seorang gadis bernama Cik Nad di aplikasi TikTok.

Sebelum ini, perkongsian tentang adiknya yang cuma boleh bertemu ibu bapa di sempadan negeri Perlis-Kedah turut tular di serata laman sosial.

@ceksyaee

Moga Ramadhan kali ni diberi kekuatan dan kesabaran yang lebih🤲🏻❤️ #masukberanda #fyp #fypdongggggggggシ

♬ original sound – shaaa – broken girl 🥲

Selain itu, wanita itu turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila tindakan adiknya turut dikecam oleh netizen walhal dia langsung tidak merentas negeri.

Gara-gara terlalu geram, dia sempat berseloroh kononnya keluarganya perlu beli sebuah kapal terbang dahulu baru senang dapat kebenaran pulang ke kampung jumpa mak ayah.

@cikknadds

#shouldbeme haa mana polis yang kecoh sgt tu !!! Ada ambik tindakan dak !!! #fypシ #masukberandamuu #foryoupage #esekeli

♬ original sound – knkbycikknadds ✨ – knkbycikknadds ✨

@cikknadds

Reply to @frhnbila_rzk

♬ original sound – knkbycikknadds ✨ – knkbycikknadds ✨

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap isu terbabit.

Mana tidaknya, ramai yang terpaksa menahan rindu dari pulang ke kampung untuk menjenguk mak ayah walhal pihak ‘kayangan’ diberi kebenaran rentas negeri dengan mudah.

Siapa yang betul, siapa yang salah dalam hal ini? Wallahua’lam.

Sumber: TikTok @cikknadds