KUALA LUMPUR – Resorts World Genting (RWG) menawarkan potongan harga drastik hingga 87 peratus dan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ sempena pameran MATTA Fair KL yang akan berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 3 hingga 5 April ini.
Tawaran eksklusif itu merangkumi pelbagai pakej penginapan, taman tema dan tarikan menarik yang boleh ditempah bagi tempoh percutian antara 6 April hingga 27 Ogos 2026.
Bagi kategori penginapan, bilik di First World Hotel ditawarkan pada harga serendah RM59, manakala bilik kuad mesra keluarga di Genting SkyWorlds Hotel bermula dari RM199.
Bagi pengunjung yang mahukan keselesaan di tanah tinggi, Resorts World Awana menawarkan harga bilik dari RM189 termasuk kredit makanan.
Tidak ketinggalan, percutian pantai di Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi turut ditawarkan bermula RM199 termasuk sarapan untuk dua orang.
RWG dalam satu kenyataan memaklumkan, pameran kali ini turut memberi tumpuan kepada peminat aktiviti taman tema menerusi promosi ‘Beli 1 Percuma 1’.

Pakej lain yang ditawarkan termasuk Adventure Combo bermula RM78 yang merangkumi Pas Skytropolis serta akses ke Jurassic Research Centre, Eagle Zipline, dan tarikan Pontianak.
“Tiket taman tema Genting SkyWorlds ditawarkan bermula RM88 kepada warganegara Malaysia dan RM168 bagi bukan warganegara.
“Selain itu, Pas Permainan Tanpa Had taman tema tertutup Skytropolis pula dijual pada harga RM70 untuk warganegara Malaysia dan RM90 bagi bukan warganegara menerusi promosi sama.
“Bagi nilai lebih hebat, pengunjung boleh mendapatkan Pas Tanpa Had Genting SkyWorlds dengan diskaun 50 peratus pada harga RM150, yang membolehkan akses sepanjang tahun pada kadar serendah RM0.40 sehari,” kata kenyataan.
Selain itu, RWG turut memperkenalkan pakej ‘Stay and Play’ pada harga RM99 yang menggabungkan penginapan di First World Hotel bersama dua tiket taman tema Genting SkyWorlds.

Pas Tanpa Had Genting SkyWorlds dengan diskaun 50 peratus pada harga RM150 yang membolehkan akses sepanjang tahun pada kadar serendah RM0.40 sehari
Pakej lain yang ditawarkan termasuk Adventure Combo bermula RM78 yang merangkumi Pas Skytropolis serta akses ke Jurassic Research Centre, Eagle Zipline, dan tarikan Pontianak.
Bagi peminat alam semula jadi, tiket ke Eufloria dijual bermula RM20 manakala festival BUNGA 2026 di Resorts World Awana pada 3 hingga 7 Jun depan ditawarkan pada harga tiket RM10.
Pengunjung yang berbelanja RM118 ke atas layak menyertai cabutan bertuah ‘Blind Box Challenge’ untuk memenangi hadiah utama harian berupa telefon pintar HONOR Magic8 Pro bernilai RM5,000.
Orang ramai boleh mengunjungi Booth 1H01, Pavilion MESTI, Aras G di MITEC atau membuat tempahan secara dalam talian di rwtours.com sepanjang tiga hari pameran berlangsung.
Ringkasan AI
- Resorts World Genting menawarkan potongan harga sehingga 87% dan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ sempena MATTA Fair KL.
- Tawaran termasuk pakej penginapan serta taman tema, dengan tempoh percutian dari 6 April hingga 27 Ogos 2026.
- Harga bilik promosi bermula dari RM59 di First World Hotel dan RM199 di Genting SkyWorlds Hotel.
- Promosi tiket taman tema Genting SkyWorlds bermula RM88 bagi warganegara Malaysia dan RM168 bagi bukan warganegara.
- Pakej ‘Stay and Play’ harga RM99 menggabungkan penginapan di First World Hotel dan dua tiket taman tema.



