Rezeki halal atas jalan – Waris cuba jadi penghantar makanan, ramai bagi sokongan

Social: Mencari rezeki bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia memerlukan usaha yang tinggi dan doa selain daripada sumber yang dijamin halal.
Beberapa hari lalu, penyanyi rap Muzzammil bin Alias atau lebih dikenali dengan gelaran Waris memuat naik gambarnya sedang menjalankan tugas sebagai seorang penghantar makanan di laman sosial Instagram.

Menerusi posting berbeza, penyanyi berusia 32 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada warganet yang telah membanjiri ruangan komen selain turut berkongsi pengalaman setelah cuba untuk menjadi seorang ‘rider’.

“Satu hari tukar karier sebagai rider banyak jugak rintangan..Setakat kena ranjau tu biasa..hujan lebat tu biasa..bagi rider lah..Bagi aku ni tugas berat dan aku pun x mampu..Yang aku mampu buat lagu je,” luah Waris.
Waris tidak menafikan bahawa karier sebagai seorang ‘rider’ mempunyai banyak rintangan dan cabaran malah dia turut mengakui dia tidak mampu menjalankan tugas itu kerana merupakan satu tugas yang berat.

Dia turut menyatakan rasa hormat terhadap ‘rider’ yang sanggup meredah hujan lebat, melalui ranjau dan halangan sepanjang perjalanan dengan tabah demi menghantar pesanan pelanggan.
Selain itu, dia juga menafikan dakwaan yang menuduhnya memuat naik postingberkenaan bertujuan untuk merendahkan pekerjaan ‘rider’.

“Terima kasih semua yang mendoakan… dan yang marah kata aku downgrade rider2 lain tu janganlah sensitif sangat.. Aku cuma nak cuba je jadi rider ni.. Nak ingatkan diri untuk selalu bersyukur,” jelas Waris.
Terdahulu, Waris mula mendapat perhatian melalui lagu-lagunya yang mengangkat loghat dan budaya Negeri Sembilan seperti Gadis Jolobu dan This Is Pilah.

Sumber: Instagram Waris

Malay News
Social Media Desk