Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah syukur kerana akhirnya memiliki skuter elektrik idamannya apabila dihadiahkan oleh GGR Motor dengan kerjasama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama).
Berita gembira itu dikongsikan di platform TikTok Acis Astillah yang memaparkan keterujaan selebriti kelahiran Sabah.
Bella Astillah syukur
Menerusi perkongsian itu, Bella kelihatan sangat teruja dan terkejut dengan hadiah yang diterima.
Lebih menariknya, motor jenis skuter elektrik berwarna kelabu itu juga tertera plat nombor pendaftaran namanya iaitu BELL4.




