Ribut Tropika Senyar semakin melemah, menuju Laut China Selatan

Ribut Tropika Senyar semakin melemah, menuju Laut China Selatan

(pakai gambar hiasan Banjir di Pantai Timur)

 

oleh -yul

PETALING JAYA: Ribut Tropika Senyar dilaporkan semakin melemah selepas melanda Pantai Barat Semenanjung dan diturun taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan, taufan itu kini berada di tengah Semenanjung dan diramal akan terus bergerak ke arah timur menuju ke perairan Laut China Selatan.

“Walaupun ia telah melemah, peredaran sisa ribut itu masih berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora.

“Senyar telah mendarat sekitar tengah malam tadi di kawasan pantai antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Corak cuaca ini dijangka berterusan sehingga esok,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut dan mengemaskini maklumat serta amaran cuaca sekiranya terdapat perubahan signifikan.

Untuk rekod, Malaysia pernah dilanda Ribut Tropika Vamei di selatan Semenanjung pada 26 Disember 2001, dan Ribut Tropika Greg yang menimpa Sabah pada 26 Disember 1996.

Senyar ialah ribut tropika ketiga yang melanda Malaysia dan yang pertama terbentuk secara langsung di Selat Melaka.

habis//

Scroll to Top