Ridzuan Ridzokumura Kenang Allahyarham Akiko Sebagai Isteri Penyayang – “16 Tahun Tanpa Kawan, Dia Korbankan Segalanya Demi Saya…”

Ridzuan Ridzokumura Kenang Allahyarham Akiko Sebagai Isteri Penyayang – “16 Tahun Tanpa Kawan, Dia Korbankan Segalanya Demi Saya…”

Berita duka pemergian isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Akiko Okumura, pada hari Jumaat lalu sehingga kini masih meninggalkan kesan yang mendalam buat keluarga mereka.

Dalam satu siaran langsung tular di platform TikTok, Ridzuan berkongsi tentang sifat penyayang arwah isterinya sepanjang 16 tahun mereka hidup bersama.

“Selama 16 tahun, dia tak ada kawan langsung, cuma ada mak dia sahaja. Dia tinggalkan semua itu, dia datang kepada saya, dan dia berikan sepenuh hidupnya untuk abang dan anak kami,” luahnya.

Walaupun berusaha untuk kekal tabah menghadapi kehilangan besar ini, Ridzuan mengakui dirinya tetap reda dengan ketentuan Ilahi.

“Tapi Allah tetap ambil dia. Saya terima dan reda, cuma bila tengok anak saya tak kuat, saya pun rasa sukar nak kuat. Tapi saya cuba,” katanya lagi.

Jenazah Akiko Okumura telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor pada pagi Sabtu.

Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam, terutama kepada suami dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, yang kini berusia 13 tahun.

Ridzuan dan Akiko, yang berasal dari Jepun, telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009. Kini, Ramadan tidak lagi sama tanpa kehadiran serta kasih sayang isteri tercinta.

Artikel Berkaitan: “Lepas Bangun Tidur, Dia Akan Cari Mak Dia”- Ridzokumura Kongsi Perkembangan Anak Selepas Pemergian Isteri

Scroll to Top