Kedegilan sesetengah individu yang ingkar dengan arahan supaya melakukan kuarantin kendiri sememangnya antara ‘malapetaka’ yang mengundang kepada penularan yang lebih meluas terhadap wabak Covid-19.
Mana tidaknya, pemakaian gelang pink yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif wabak maut itu kerap kali diambil mudah oleh sesetengah pihak.
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, pengguna Twitter dikenali sebagai @naffz_ telah memuat naik kembali video seorang gadis yang menanggalkan gelang pink dan memasukannya ke dalam beg tangan kerana ingin keluar dari TikTok @madansuzali.
Perbuatan tidak bertanggunjawab itu semestinya dikecam oleh orang ramai kerana tindakan tersebut boleh mendedahkan kepada peningkatan kes positif memandangkan dia merupakan kontak rapat kepada mereka yang disahkan positif.
Pelbagai kecaman telah diterima wanita itu di ruangan komen @naffz_. Rata-rata menzahirkan rasa kecewa diatas tindakan kurang bijak individu tersebut hanya kerana mahu keluar dalam tempoh kuarantin kendiri.
Sumber: Twitter @naffz_




