Rokok, arak RM1.01 juta dirampas

Rokok, arak RM1.01 juta dirampas

am@hmetro.com.my

Miri: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) merampas rokok dan minuman keras pelbagai jenama dianggarkan RM1.01 juta di kawasan Permyjaya di sini.

Komander Pasukan PPMW5 Sarawak Asisten Komisioner Abdul Rahman Mat Hassan berkata, rampasan berjaya dilakukan Rabu lalu hasil maklumat dan risikan.

“Sampai di stor premis niaga di kawasan Permyjaya, unit risikan bertindak mengumpil kunci stor dan menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Pasukan menjumpai rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM940,896 dan minuman keras dianggar RM43,574.

“Semakan mendapati semua barangan itu tidak mempunyai label cukai kastam dan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan menunggu satu jam, namun tiada pihak tampil mengaku memiliki barangan itu sebelum ia dibawa ke markas dan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri untuk tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top