
Keputusan undian Liga Europa yang dipaparkan di skrin dekat House of European Football di Nyon, Switzerland sebentar tadi.
NAIB juara Liga Europa musim lalu, AS Roma dijadual menentang Feyenoord kali ketiga berturut-turut selepas diundi berdepan sesama sendiri pada peringkat playoff kalah mati sebentar tadi.
Skuad kendalian Jose Mourinho itu menewaskan Feyenoord dalam saingan Liga Conference Europa pada 2022 sebelum sekali lagi menang pada suku akhir Liga Europa dalam laluan mereka ke final Liga Europa musim lalu.
Pusingan playoff kalah mati menyaksikan pasukan tangga ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara akan berdepan naib juara daripada kumpulan Liga Europa.
Pemenang akan mara ke kelompok 16 terakhir apabila mereka akan menyertai juara daripada setiap lapan kumpulan.



