Ronaldo angkat kaki, Portugal hilang 9 juta pengikut di Instagram

Ronaldo angkat kaki, Portugal hilang 9 juta pengikut di Instagram

Lisbon: Pasukan bola sepak kebangsaan Portugal kehilangan besar jumlah pengikut di media sosia susulan kontroversi berprofil tinggi dan pemergian mengejut Cristiano Ronaldo daripada skuad kebangsaan.

Dalam tempoh hanya 24 jam selepas penyerang bintang itu meninggalkan skuad, akaun Instagram rasmi pasukan kebangsaan Portugal kehilangan kira-kira sembilan juta pengikut.

Sebelum Ronaldo angkat kaki, akaun berkenaan mempunyai 32.4 juta pengikut, namun jumlah itu merosot kepada 23.5 juta selepas pemergiannya. Jumlah pengikut yang hilang di pelbagai platform juga terus meningkat.

Pemergian Ronaldo daripada skuad Portugal berlaku selepas tercetus ketegangan dengan barisan kejurulatihan berhubung beberapa perlawanan yang tidak disertainya.

Peminat di seluruh dunia memberikan reaksi hebat terhadap pemergian pemain itu, malah ramai secara terbuka mengakui mereka mengikuti akaun berkenaan kerana Ronaldo dan bukannya pasukan kebangsaan Portugal.

Cristiano Ronaldo yang berusia 41 tahun memegang rekod pasukan kebangsaan Portugal bagi jumlah gol dan penampilan, dengan 144 gol dalam 234 perlawanan.

Ronaldo meninggalkan kem latihan skuad kebangsaan Portugal awal minggu ini menjelang perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Denmark yang dimenangi Portugal 4-2.

Penyerang berusia 41 tahun itu mengumumkan keputusannya menerusi Instagram dan berjanji akan menjelaskan sebab-sebab pemergiannya kemudian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top