Ronaldo kembali ke EPL dengan gaji tertinggi

LONDON – Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo bakal menerima gaji £480,000 seminggu dalam tawaran yang dipersetujui dengan Manchester United, lapor Manchester Evening News.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan bekas penyerang Juventus itu hanya menerima £270,000 seminggu.

Namun difahamkan tawaran rasmi United ternyata lebih tinggi daripada itu.

Ronaldo pada awalnya dilaporkan sedang menuju ke Manchester City namun United melakukan pintasan dramatik ke atas pemain itu yang menghalangnya.

United dilaporkan bersetuju membayar £25 juta kepada Juventus yang mana kelab itu mengumumkan kesepakatan dengan Ronaldo menerusi laman rasmi kelab dan mengalu alukan kepulangan semula legenda pasukan mereka itu.

Kapten Portugal itu menandatangani kontrak dua musim di United yang menyaksikan pemain berusia 36 tahun itu akan menerima gaji paling lumayan di Liga Perdana Ingggeris (EPL) berbanding pemain lain.

Ronaldo turut memintas Kevin De Bruyne yang baharu sahaja diumumkan sebagai penerima gaji tertinggi di EPL dalam kontrak baharunya sebanyak £385,000

Ketika ini, hanya Messi dan Neymar menerima gaji lebih besar daripada gaji tersebut di Eropah

Penyerang sensasi Spurs, Harry Kane sebelum ini dilaporkan turut ditawarkan gaji lebih tinggi daripada De Bruyne oleh Manchester City.

Tetapi Kane terpaksa menerima hakikat kelab tidak mahu melepaskan beliau.

Kane juga dijangka membincangkan kontrak baharu dengan gaji sekitar £400,000 seminggu di Tottenham. – Agensi

Leave a Comment