Ropie Cecupak Akhirnya Tampil Bersuara Selepas Pitam Ketika Hadiri Satu Acara | Trending – Oh! Media

Ropie Cecupak Akhirnya Tampil Bersuara Selepas Pitam Ketika Hadiri Satu Acara | Trending – Oh! Media

Trending

Ropie Cecupak pitam ketika menghadiri acara di Shah Alam dipercayai akibat cuaca panas sehingga 41°C.

Pelawak dan pelakon, Ropie Cecupak mengakui dirinya pitam ketika menghadiri satu acara di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurut laporan Berita Harian, Ropie berkata kejadian itu dipercayai berlaku akibat cuaca panas dengan suhu ketika itu mencecah kira-kira 41 darjah Celsius.

Lebih membimbangkan, dia turut terlanggar batu berhampiran khemah sebelum mula berasa pening dan mengambil keputusan untuk berehat.

Sekejap saja saya pitam. Panas sangat rasanya. Sebelum itu, kalau tidak silap saya, suhu ketika itu 41 darjah selsius.

Terlanggar batu sebelum kepala berpusing

Ropie Cecupak

Menurut Ropie, batu tersebut agak besar namun tidak disedarinya ketika berjalan.

Saya terlanggar batu dekat khemah. Batu itu besar juga, tetapi saya tidak nampak. Ia seperti digunakan untuk menahan sesuatu.

Akibat pelanggaran itu, lututnya terkena batu dan menyebabkan kesakitan. Dia kemudian duduk untuk berehat kerana merasakan kepalanya berpusing.

Apabila terlanggar, lutut saya terkena batu itu. Memang sakit sangat. Jadi, saya duduk di situ untuk berehat sebab rasa macam kepala berpusing, tetapi saya masih boleh berjalan.

Ropie muntah selepas sedar, terima rawatan

Ropie
KUALA LUMPUR DISEMBER Ropie Pontianak kg NSTPSAIFULLIZAN TAMADI

Ketika sedang berehat, Ropie didatangi pelakon, Jasper Supayah sebelum menerima rawatan daripada pasukan perubatan yang berada di lokasi.

Selepas sedar, dia turut muntah dan diberikan suntikan oleh petugas medik.

Selepas sedar, saya muntah air yang rasa pahit. Kemudian, petugas medik datang dan beri suntikan. Kalau tidak silap saya, ubat tahan muntah dan ubat untuk menghilangkan pening.

Selepas keadaannya kembali stabil, Ropie bangun dan menyambung semula penggambaran.

Ropie memaklumkan keadaannya kini semakin baik dan tiada masalah kesihatan serius.

Nota Oh! Media:
Cuaca panas melampau boleh memberi kesan kepada tubuh walaupun seseorang sebelum ini tidak mempunyai masalah kesihatan. Pastikan cukup minum air, berehat dan elakkan aktiviti berlebihan ketika cuaca terlalu panas.

Sumber: Berita Harian
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top