Roslin dedah pengalaman ‘didera secara halus’

Roslin dedah pengalaman ‘didera secara halus’

BEKAS pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim mendedahkan pengalaman ‘didera secara halus’ oleh jurulatih ketika bergelar atlet negara sekitar akhir tahun 1999 hingga awal 2000.

Beliau berkata, meskipun tiada kritikan keras atau teguran kasar, namun jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek ‘membasuh’ para pemain secara psikologi yang mempunyai maksud tersirat.

Tambahnya, tujuan jurulatih berbuat demikian bagi meningkatkan tahap mental dan berfikir secara matang sama ada ketika dalam latihan atau pada kejohanan sebenar.

“Saya pernah dihalau balik kerana lewat tiba di pusat latihan.

Scroll to Top