Oh! Artis
Rosmah saman Harith Iskander kerana dakwa dirinya dihina dalam persembahan komedi di Melaka.
Dunia hiburan dan mahkamah kembali jadi perhatian selepas Datin Seri Rosmah Mansor mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander.
Rosmah mendakwa Harith menghina rupa paras dan fizikalnya dalam satu persembahan komedi bersiri di Melaka pada Januari lalu.
Isu ini dikaitkan dengan paparan imej dalam persembahan berkenaan yang didakwa membawa maksud menghina dirinya.
Rosmah Mansor dakwa imej dirinya disamakan dengan makhluk halus

Dalam saman yang difailkan pada 9 Jun lalu, Rosmah mendakwa insiden itu berlaku ketika persembahan Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour di Hotel Swiss-Garden, Melaka.
Menurut pernyataan tuntutan, Harith didakwa memaparkan imej makhluk halus sebelum memaparkan gambar Rosmah. Sebelum itu, Harith dikatakan memberitahu penonton bahawa seseorang yang melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan gelap akan melihat sesuatu yang menakutkan.
Rosmah mendakwa perkara itu jelas menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang menakutkan, selain mengaitkannya dengan makhluk halus.
Kenyataan berkenaan dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik saya, selain bertujuan mengaibkan saya melalui penghinaan bentuk fizikal (body shaming).- Katanya.
Tuntut ganti rugi dan permohonan maaf

Rosmah yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi menamakan Harith Iskandar atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa sebagai defendan.
Beliau turut mendakwa dua rakaman persembahan itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mayychan0303. Video pertama dikatakan meraih 219,700 tontonan dan 3,354 tanda suka, manakala video kedua memperoleh 12,500 tontonan dan 145 tanda suka.
Rosmah menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan. Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang Harith atau pembantunya daripada menerbitkan dan menyebarkan kenyataan fitnah itu.
Selain itu, Rosmah menuntut Harith membuat permohonan maaf tanpa syarat dan menarik balik kenyataan fitnah secara bertulis. Permohonan maaf itu diminta disiarkan dalam dua akhbar arus perdana serta di akaun media sosial yang ditentukan oleh Rosmah atau peguamnya.
Nota Oh! Media:
Dalam dunia komedi, batas jenaka memang selalu jadi perbincangan hangat. Apa pun, bila sesuatu perkara sudah masuk ke mahkamah, kita tunggu sahaja proses undang-undang berjalan.
Sumber: Harian Metro
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




