Pelakon Shakilla Khoriri mempersoalkan segelintir ibu bapa yang bersikap takut untuk menegur anak-anak sekiranya melakukan perkara salah serta untuk mendisiplinkan mereka.
Menerusi satu hantaran balas di Thread, Shakilla berkata apabila ada melakukan perkara salah ada ibu bapa yang menunding jari kepada orang lain tanpa menyedari salah sendiri.
BACA: Shakilla Khoriri Dah 9 Hari Tak Dengar Khabar Ameena

Sementara itu, Shakilla turut berpandangan rotan adalah salah satu cara untuk mendidik anak-anak.
“Rotan saja lah! Apa masalah ibu bapa yang tak boleh terima ‘rotan’? Bila anak dah jadi jahat, lepas itu baru terhegeh-hegeh nak tunding jari pada orang lain. Sekarang ini ibu bapa terpaling takut nak tegur anak,” katanya
Shakilla turut memberi teguran ada dikalangan ibu bapa membela anak-anak yang melakukan perkara salah.
“Anak buat salah pun masih dibela. Bila anak orang lain, laju saja kau gelak dan komen,” tulisnya




