Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan pembangaunan. Negeri Sembilan perlu dikembalikan ke landasan asal seperti ketika berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Memetik laporan Berita Harian, menurut beliau, pelbagai projek pembangunan yang sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat tertangguh selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.
“Sejak Negeri Sembilan ditadbir Pakatan Harapan (PH) selepas kekalahan BN pada 2018, pembangunan yang sepatutnya dinikmati rakyat gagal dilakukan.
“Negeri Sembilan berhampiran Kuala Lumpur, (berhampiran) lapangan terbang, Pelabuhan Klang tapi boleh dikatakan tiada apa, satu apa pun.
“Dua penggal kerjanya potong reben sahaja, tiada apa pun (perubahan),” katanya pada Majlis Perjumpaan Santai bersama masyarakat sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Angsa Mas, malam tadi.
Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, rakyat di negeri itu sepatutnya menikmati lebih banyak kemajuan berbanding apa yang dicapai sepanjang dua penggal pentadbiran lalu.

“Saya bukan nak mengumpat, tapi rugi rakyat Negeri Sembilan tak ada apa. Apa yang saya tinggalkan, itu diuruskan tapi tidak boleh diurus macam itu.
“Negeri perlu membangun, perkapita pendapatan rakyat Negeri Sembilan nombor enam rendah dari Melaka.
“Sepatutnya tinggi tapi tidak, kerana pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan selama lima tahun tidak dapat mencapai sama taraf dengan pencapaian ekonomi negara,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, kerajaan BN sebelum ini telah merangka Pelan Pembangunan dan Pemodenan Negeri Sembilan 2015-2045 sebagai usaha memperkukuh ekonomi negeri berkenaan.
Artikel lain: Jangan buang masa! Tok Mat tolak cadangan debat PRN -“Ini bukan pemilihan presiden”
“Apakah daya kita telah kalah pada 2018. (Bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak ketika itu nak kita lancarkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 tapi saya minta tunggu lepas PRU.
“Malangnya kita gagal menjadi kerajaan semula kerana hasutan fitnah melampau.
“Apa nak buat, apa nak cakap, kita yang silap. Salah pangkah dapat jamban macam P. Ramlee cakap. BN harus ambil alih semula pentadbiran Negeri Sembilan,” tambahnya lagi.
Sumber: Berita Harian (Fareez Azman)




