Pelakon Ruhainies memaklumkan dia nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu didakwa menyebarkan fitnah dia menjalinkan hubungan sulit dengan individu berpengaruh.
Memetik Oh Bulan, Ruhainies berkata pihak sudah membuat laporan polis pada Ahad lalu dan sudah pun memberikan beberapa nama kepada individu dipercayai terlibat menyebarkan fitnah kepada pihak polis.
BACA: “Saya Tidak Akan Berundur” – Ruhainies Nekad Ambil Tindakan Undang-Undang
“Setakat ini, kita sudah mengenal pasti tiga orang individu. Kami masih mengumpul nama-nama lain dan kemungkinan besar bilangan mereka akan bertambah,” katanya.
Sementara itu, peguam mewakili Ruhainies berkata mereka akan keluarkan Notis Tuntutan (LOD) kepada individu terbabit untuk bertanggungjawab dengan memadam hantaran tersebut serta tandatangan aku janji serta memohon maaf kepada Ruhainies secara terbuka.
Tambah peguam lagi, jika notis tuntutan tersebut tidak dipatuhi pihak mereka akan menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta setiap individu.
“Ruhainies sentiasa terbuka untuk berjumpa dengan mereka bagi permohonan maaf tanpa sebarang syarat.
“Sekiranya Notis Tuntutan yang dihantar tidak dipatuhi dalam tempoh 7 hari, tindakan sivil di mahkamah akan difailkan. Kami akan menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta daripada setiap individu terbabit,” katanya.
Sumber: Oh Bulan




