norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon sensasi, Ruhainies, 32, baru-baru ini menjadi perhatian wargamaya di TikTok selepas memuat naik foto dia menerima sejambak bunga daripada individu misteri.
Menerusi hantaran itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas umpama berkongsi kejutan bunga diterimanya daripada seseorang yang tidak diketahui identitinya.
“Siapa ni asyik hantar bunga je, bila nak hantar rombongan?,” tulisnya ringkas pada kapsyen foto dimuat naik itu.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen membuat andaian pelakon drama Menantu Ting Tong di TV3 itu sudah ada ‘insan istimewa’ di hatinya sekali gus mungkin pengirim bunga berkenaan.
“Orang cantik, biasalah dapat bunga misteri. Semoga cepat dapat jodoh,” kata warganet.
“Dah lama diam, tiba-tiba muncul dengan sejambak bunya. Tahniah Ruhainies,” ujar netizen.
“Tak mustahil Ruhainies sebenarnya dah berpunya, cuma tak nak heboh-heboh atau entah-entah dari Aliff Aziz,” komen pengguna media sosial.
“Untung ada orang hadiahkan bunga. Kalau aku, beli sendiri sajalah,” tulis seorang wargamaya.
Sebelum ini, nama Ruhainies pernah hangat selepas terpalit kontroversi dengan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz yang membuat kedua-dua mereka teruk dikecam oleh netizen.
Namun, Ruhainies terus mengambil jalan berdiam diri sekali gus memilih untuk teruskan kehidupan lebih tenang dengan tidak menghiraukan kecaman negatif yang dilemparkan kepadanya itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd