Kota Bharu: Nasib malang yang menimpa lelaki kelainan upaya (OKU) penglihatan, Mohd Yazid Mohd Nor,30 yang menangis di tangga rumahnya yang musnah terbakar di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa dekat sini mengundang pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk tampil membantu.
Dalam pertemuan tersebut, Ebit Lew telah memberikan sumbangan motosikal roda tiga kepada abang Mohd Yazid iaitu Fakru Rrazi,36, selepas motosikal yang digunakan sebelum ini terbakar dalam kebakaran tersebut.
Motosikal tersebut dapat digunakan untuk bekerja sebagai pemotong rumput bagi menyara keluarganya.
Ebit berkata, rumah baru 3 bilik, 2 bilik air itu bernilai RM70,000 akan dibina kontraktor dengan segera dan dijangka siap sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.
Menerusi gambar yang tular semalam, pengguna Facebook dikenali sebagai Aniq Shurfati telah memuat naik foto sepupunya yang mempunyai masalah penglihatan dan sindrom down duduk ditangga rumah yang dihuninya tanpa mengetahui bahawa rumah tersebut sudah musnah dijilat api.
Ia tular di media sosial sehingga mendapat perhatian banyak pihak kerana hiba melihat situasi menyedihkan itu.
Malay News
Social Media Updates



