Rumah Didakwa Milik Farid Kamil Dilelong Lebih RM500,000?

Rumah Didakwa Milik Farid Kamil Dilelong Lebih RM500,000?

Kediaman didakwa milik pelakon sensasi, Farid Kamil yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor itu telah diletakkan dalam senarai lelongan awam pada 22 Januari ini.

Perkara tersebut mula meletus di media sosial berdasarkan satu hantaran yang tular memaklumkan rumah teres dua tingkat itu akan dilelong pada harga RM522,000.

Menerusi butiran yang tersebar itu jelas terpampang nama pemilik rumah tersebut adalah Farid Kamil Zahari yang dikatakan dibeli pada tahun 2011 dibawah pemilihan Bumiputera.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan daripada Farid bagi menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: “Bila Rindu Isteri & Anak-Anak Saya Istighfar Banyak-Banyak” – Farid Kamil

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Minta Dilepaskan, Janji Gugurkan Tuntutan Nafkah Tertunggak Farid Kamil

Artikel Berkaitan: “Perasaan Cinta Tak Boleh Dijual Beli” – Tekad Enggan Lafaz Cerai, Farid Kamil Yakin Hanya Dia Mampu Menyayangi & Menjaga Diana Danielle

Scroll to Top