Usahawan popular, Datuk Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida mendedahkan wanita kemboja yang menceroboh rumah persinggahannya seperti yang tular mendakwa Aliff pernah berjanji untuk berkahwin dengannya.
Menerusi perkongsian sepotong video pendek di TikTok, Shahida menjelaskan, wanita berkenaan merupakan seorang penagih yang telahpun menjalankan aktiviti pelacuran di kediamannya itu sejak setahun yang lalu.
“Dekat katil yang dia tidur tu ada satu gambar Papa Laris. Frame lain semua dia buka, tulisan al-Quran semua dia buka tapi gambar Papa Laris dia letak atas katil dia.
“Bila saya tanya dia kata suami. Ini suami saya.
“Dia datang ke Malaysia kerana mahu menuntut janji mahu berkahwin dengan Aliff,” katanya.
Jelasnya, rumah persinggahan yang dulunya lengkap dengan peralatan dapur dan penghawa dingin kini sudah kosong.
Menurut Shahida, segala peralatan elektrik termasuklah televisyen, lampu bahkan plug lampu juga telah dijual individu terbabit.
“Jiran kata ada orang duduk, mungkin penagih. Elok-elok pergi, habis semua aircond aku dijual, televisyen diambil, lampu dijual, tempat lampu pun. Tak ada apa dah rumah tu.
“Lepas tu, dalam almari dia penuh baju, siap masak-masak.
“Dia duduk situ dah setahun setengah, dia sebenarnya call girl, panggil orang datang runah dan buat service tak elok,” jelasnya.