Pengawal peribadi Nur Fazura dikenali sebagai Shahaszrin mencuri tumpuan selepas memuat naik pendedahan mengejutkan mendakwa wujudnya orang ketiga.
Dalam hantaran itu, Shahaszrin menggelar individu berkenaan sebagai penyondol dan memberi bayangan ianya dikenali rapat.
Terbaru, Shahaszrin menerusi Instagram @hantugym menjelaskan dia tidak berniat untuk menviralkan isu.
Pendedahan dibuat disebabkan rasa marah, kecewa dan sedih di atas apa yang terjadi.
Perasaan itu wujud disebabkan rasa hormat dan sayangnya terhadap Fattah serta Fazura.
Terdahulu tular di media sosial Fazura telah menfailkan cerai terhadap suaminya selepas tujuh tahun berumahtangga.
Pasangan ini berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.