“Saat Kamu Di Syurga, Ada Ibu Yang Menjaga Anak Mummy” – Isteri Shuib Keguguran | Oh! Media

“Saat Kamu Di Syurga, Ada Ibu Yang Menjaga Anak Mummy” – Isteri Shuib Keguguran | Oh! Media

Isteri kepada pelawak popular Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi berita duka mengenai kegugurannya pada 11 Mei lalu.

Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik menerusi akaun Instagram memperlihatkan kesedihan yang sedang ditanggungnya.

“Maaf kerana tak menghargai kehadiran kamu..”

isteri shuib

Menerusi hantaran itu, Watie menzahirkan permohonan maaf kepada bayi yang tidak sempat dilahirkan kerana tidak menjaga dan menghargai kehadirannya sebaik mungkin ketika masih berada dalam rahim.

Lebih menyayat hati, dia sudah mendapat petanda melalui mimpi bahawa dirinya bakal mengalami keguguran.

Maaf kerana tak menjaga kamu dengan baik saat kamu ada di dalam rahim Mummy… Maaf kerana tak menghargai kehadiran kamu di saat Mummy terlupa begitu senang dan baiknya Allah berikan kamu..

Hanya beberapa bulan, tapi erat dalam ingatan

watie

Watie turut menyatakan rasa syukurnya kerana sempat merasai kehadiran si kecil itu walaupun hanya seketika.

Dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan mungkin masih banyak perkara yang Allah ingin dia pelajari sebelum bergelar ibu kepada anak itu.

Mummy redha walau ianya terasa perit untuk Mummy hadapi… Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kamu walau hanya untuk beberapa bulan yang indah..

Watie juga berterima kasih kepada semua yang memberi kata-kata semangat. Dalam keadaan yang masih sangat sedih, dia mengakui tidak mampu membalas mesej dan menangguhkan urusan kerja buat sementara waktu.

Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy

Moga Watie terus diberi kekuatan dalam menghadapi ujian berat ini. Ramai yang turut menitipkan doa dan sokongan di ruangan komen agar dia dapat pulih secara perlahan-lahan.

Hantaran penuh:

Pssttt! Semoga ada rezeki lain yang Allah SWT kurniakan buat Watie nanti. Semoga terus kuat!

Kredit: Instagram Watie
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top