
Daniel Ting (kanan) meraikan jaringan bersama pemain Sabah lain ketika berdepan Hai Phong dalam aksi Kumpulan H Piala AFC di Stadium Likas malam ini. FOTO: BERNAMA
STADIUM Likas kekal menjadi gelanggang keramat Sabah FC, apabila The Rhinos meraih kemenangan bergaya 4-1 ke atas kelab Vietnam, Hai Phong dalam aksi Kumpulan H Piala AFC pada Khamis.
Kemenangan di Kota Kinabalu itu membolehkan anak buah Datuk Ong Kim Swee mengumpul sembilan mata selepas mengharungi empat perlawanan – tiga menang dan satu tewas – sebelum ini.
Tiga mata diraih itu juga menebus kekalahan 3-2 anak buah Kim Swee kepada skuad kendalian Chu Dình Nghiem di Stadium Lach Tray pada 25 Oktober lalu.
Sabah yang tampil dengan misi tiga mata bermula garang dengan gol pertama dijelmakan menerusi Daniel Ting pada minit ke-20 bagi memimpin perlawanan.



