Sabronzo Dolla Kongsi Foto Resepsi, Turut Belanja Gambar Akad Nikah… Segak Sarung Kebaya & Baju Melayu

Sabronzo Dolla Kongsi Foto Resepsi, Turut Belanja Gambar Akad Nikah… Segak Sarung Kebaya & Baju Melayu

Penyanyi, Sabronzo akhirnya meleraikan spekulasi apabila berkongsi foto-foto ketika majlis perkahwinannya bersama pilihan hati, Dash Berlin.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Sabronzo atau nama lengkapnya, Wan Sabrina Wan Rosli, 30, manis berpenampilan gaun berona putih manakala suaminya memakai suit lengkap berwarna ‘champange’.

Di ruangan kapsyen, Sabronzo yang juga ahli kumpulan Dolla itu dengan ringkas menulis emoji berbentuk cincin dan hati.

Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan dakwaan Sabronzo telah mendirikan rumah tangga bersama Deejay (DJ) Dash Berlin.

Dakwaan tersebut mula tercetus selepas tular sebuah foto di media sosial memaparkan majlis perkahwinan Sabronzo dan Dash dalam satu majlis berlangsung di Bali.

Artikel Berkaitan: Foto Majlis Perkahwinan Ala Barat Tular? Sabronzo Dolla Didakwa Sudah Berkahwin

Artikel Berkaitan: Hantaran Lama Sabronzo & Dash Berlin Mesra Rangkul Pinggang Di Festival Pinkfish Kembali Jadi Sorotan

Scroll to Top