Safiey Illias sedih jadi mangsa ‘body shaming’, minta ibu bapa pantau anak2

Safiey Illias sedih jadi mangsa ‘body shaming’, minta ibu bapa pantau anak2

Nama usahawan kosmetik kontroversi, Safiey Illias bukanlah asing lagi kerana dia pernah mencetuskan bualan hangat ramai mengenai penghijrahan daripada seorang ‘wanita jadian’ kembali ke pangkal jalan sebelum berubah ke ‘wanita’.

Terbaharu, usahawan berusia 26 tahun itu berkongsi perasaan apabila dirinya kecewa menjadi mangsa ‘body shaming’ oleh segelintir individu terhadap fizikal badannya.

Menerusi hantaran berkenaan, Safiey memberitahu dia terima seadanya sekiranya ada individu mengkritik tubuh badannya walaupun sedikit kecewa pada mulanya.

Namun, ia haruslah berpada-pada terutama di kalangan remaja pada masa kini selain mengaitkan ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak di media sosial.

“Ikut kaulah dik, saya terima dengan ikhlas nak body shaming saya. Tipu tak sedih, tapi rata-rata yang suka body shaming ni remaja.
“Mak ayah, pantaulah anak-anak main telefon,”ujarnya.

Dalam pada itu, Safiey mengatakan dia pelik dengan tindakan seseorang yang cuma tahu menghina rupa seseorang terutama berkaitan rupa paras dan identitinya sebagai seorang ‘wanita jadian’.

“Kadang saya sedih juga fikir, apa salah yang saya buat sampai saya dihina macam-macam. Dan, kebiasaannya, personal attack daripada rupa paras dan identiti saya,”luahnya.

Sementara itu, pelatun lagu Syinta Gila menasihatkan ibu bapa supaya memantau pendidikan anak-anak selain mengajar mereka menjaga adab sebelum menghina rupa paras seseorang.

“Kepada mak ayah sekalian, saya tahu korang malas pantau anak-anak belajar ke tak. Kalau SPM tak ada A banyak, jangan cakap dengan saya,”ujarnya.

Malah, Safiey juga meminta orang ramai terutama remaja supaya menjaga adab walaupun tidak mempunyai keputusan pelajaran yang baik.

“SPM kau berapa A dik? Akak tak ada masa nak layan, IQ dahlah rendah. Muka kau kalau akak cakap nanti takut mak ayah kau terasa bancuhan tu.
“So, nak cakap banyak-banyak, nurwanita (Safiey) akan tanya dulu ‘spm kau berapa dik?”luahnya lagi.

Tegasnya lagi, mereka seharusnya menjaga hubungan baik sesama manusia sekiranya mahu masuk ke ‘syurga’ selain meminta individu berkenaan belajar semula mengenai pendidikan akhlak dan moral.