Saif percaya Ibrahim sudah bersedia

India: Ibrahim Ali Khan, 19 tahun kini disebut-sebut bakal mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga seorang pelakon, Saif Ali Khan untuk terjun ke dunia hiburan.

Ketika wawancara pada awal tahun ini, Saif yang kini berusia 50 tahun telah memberitahu yang hanya satu nasihat sahaja dia akan beri kepada Ibrahim jika dia mahu menceburi karier lakonan iaitu bersiap sedia dengan baik.

Terbaru, Saif dalam satu wawancara bersama SpotboyE memberitahu bahawa dia percaya Ibrahim sudah bersedia untuk menceburi karier lakonan.

Ujarnya lagi, kerjaya sebagai pelakon telah menyelamatkan dirinya daripada menjadi individu yang masih tiada arah dan hidup ketika berusia sekitar 18 tahun.

Namun, pelakon yang juga suami kepada aktres, Kareena Kapoor itu menetapkan syarat supaya anaknya menamatkan pelajaran terlebih dahulu sebelum terjun ke bidang lakonan.

“Dia masih muda dan saya meminta supaya dia menghabiskan pengajian dahulu sebelum berlakon,” kata Saif.

Dalam pada itu, Saif yang menjangkakan anak kedua bersama Kareena Kapoor Khan akan tampil dalam filem terbarunya iaitu Bhoot Police.

Akmal Hakim
Glamour Desk