Tiada angin tiada ribut, kekasih kepada Nur Sajat iaitu lelaki kelahiran Lubnan, Jad Issa atau senang dipanggil Jadooss telah memuat naik satu imej yang menarik perhatian ramai di InstaStory miliknya.
Jadooss telah membuat posting wajah seorang anggota polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan seperti mempersendakan individu tersebut.
Mana tidaknya, lelaki berkenaan telah meletakkan topi dan cermin mata hitam di bahagian kepala dan mata Datuk Seri Abd. Jalil sebelum meletakkan gambar pizza serta air minuman di kedua-dua belah tangannya.

Walau bagaimanapun, motif sebenar Jados masih tidak dapat dipastikan berpunca dari apa dan ia tentunya membuatkan ramai tertanya-tanya tindakan ‘tiba-tibanya’ itu.

Terdahulu, Sajat telah membuat satu IG live dengan memaklumkan sudah berada di Australia. Dia juga akan memulakan hidup baru disana dengan membuka perniagaan di bumi Kanggaru itu.
Ketika ditanya tentang Malaysia, Sajat menyatakan yang dia sudah bercerai talak tiga dengan negara ini dan tidak akan dapat kembali lagi ke Tanah Air.
Sumber: Instagram jadooss




