Sama tapi tak serupa

Sama tapi tak serupa

mahaizura@mediaprima.com.my

Ramai tidak sedar, banyak haiwan yang kelihatan hampir sama, namun sebenarnya berbeza daripada segi sifat dan habitat.

Sekali pandang mungkin serupa, tetapi setiap spesies ada identiti tersendiri.

Kekeliruan ini sering berlaku kerana rupa fizikal hampir sama dan nama yang seakan-akan.

Sebab itu ramai tersalah anggap, sama ada melalui gambar, video atau pengalaman melihatnya secara langsung.

Berikut 10 pasangan haiwan yang paling kerap mengelirukan:

1. Kuda nil vs badak sumbu

Kuda nil (Hippopotamus): Hidup separa akuatik di sungai dan tasik Afrika, tiada tanduk dan mulut sangat besar.Badak sumbu (Rhinoceros): Hidup di darat, ada satu atau dua tanduk di hidung serta berkulit tebal seperti perisai.

2. Buaya vs aligator

Buaya (Crocodile): Muncung tirus berbentuk V dan boleh hidup di air masin.

Aligator (Alligator): Muncung lebar berbentuk U dan biasanya hidup di air tawar.

3. Llama vs alpaca

Llama: Lebih besar dan digunakan sebagai haiwan membawa beban.

Alpaca: Lebih kecil dan diternak untuk bulu yang lembut.

4. Arnab vs hare

Arnab (Rabbit): Anak lahir buta dan hidup dalam lubang tanah.

Hare: Anak lahir berbulu dan boleh melihat serta hidup di kawasan terbuka.

5. Penyu vs kura-kura

Penyu: Hidup di laut dan sirip seperti dayung.

Kura-kura: Hidup di darat atau air tawar serta berkaki pendek dan kuat.

6. Cheetah vs leopard

Cheetah: Haiwan darat paling pantas dan corak bintik kecil penuh.

Leopard: Bintik berbentuk roset dan pandai memanjat pokok.

7. Katak vs kodok

Katak (Frog): Kulit licin dan lebih suka kawasan berair.

Kodok (Toad): Kulit kasar berbintik dan boleh hidup di kawasan lebih kering.

8. Ular sawa vs ular boa

Ular sawa (Python): Bertelur dan banyak ditemukan di Asia.

Ular boa: Melahirkan anak hidup dan banyak di Amerika Selatan.

9. Keldai vs baghal (mule)

Keldai (Donkey): Spesies tersendiri.

Baghal (Mule): Hasil kacukan kuda dan keldai serta biasanya mandul.

10. Seal vs sea lion

Seal: Tiada telinga luar dan bergerak perlahan di darat.

Sea lion: Ada telinga luar dan boleh berjalan menggunakan sirip.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top